Saturday, November 12, 2011

Langkah Membaiki Komputer/Laptop Yang Rosak





Assalamualaikum, apa yang anda akan lakukan sekiranya komputer/laptop anda tidak dapat dihidupkan? sudah semestinya pilihan pertama anda hantar ke kedai baikpulih komputer, lalu anda akan di cas dengan kadar tinggi.
Berkemungkinan anda akan cuba mengulang install sistem pengoperasian mean reformat, perlu di ingat jika anda sering melakukan reformat ketahanan and jangka hayat hard disk anda tidak tahan lama.
Ok disini aku akan menerangkan serba sedikit masalah yang sering berlaku samaada dari segi perkakasan komputer/laptop mahupun sistem pengoperasian komputer/laptop anda :
1. Check kabel sambungan dari socket penyambungan kepada PSU ( power supply unit ), sama ianya betul-betul terpasang atau ianya terlonggar dari socket PSU ( power supply unit ).
2 . Check kondisi setiap komponen/perkakasan yang terdapat pada komputer, kalau boleh buang satu persatu dan dipasang kembali satu persatu.
3.  Jika komputer anda terlalu terdedah pada habuk, sila check CPU anda ( control proseser unit ) and fokus pada PSU ( power supply unit ), dimana debu boleh menyebabkan penghambatan aliran listrik pada komputer, bersihkan komponen komputer anda juga PSU ( power supply unit ).
4 . Jika keluar erorr adakah seperti PARITY CHECK/MEMORY PARITY ERROR, langkah yang perlu anda lakukan, keluarkan memory anda dari slot modulenya, bersihkan jejalur emas pada kaki memory anda menggunakan pemadam atau kertas berkarbon.
5. Error yang sering terjadi adalah NTLDR IS MISSING. NTLDR, ianya merupakan file yang mana mengembalikan semasa proses booting sistem pengoperasian anda.
Untuk membaiki erorr diatas, dimana file booting telah terpadam maybe corrupted, anda perlu menyediakan CD installasi windows, setkan pada bios anda booting pertama adalah CD-ROM, anda masukkan CD installasi windows kepada CD-ROM/DVD-ROM, tunggu sehingga sampai ke pilihan RECOVERY CONSOLE  akan terpapar.
Terpapar satu skrin hitam iaitu command prompt, apa yang perlu anda lakukan iaitu taip cdthen klik enter pada keyboard anda. Taip huruf CD-ROM anda, contoh  E: then tekan enter, makan akan terpapar device peranti CD-ROM anda, langkah seterusnya iaitu taip cd i386dan tekan enter, taip copy ntlde c: dan tekan enter, seterusnya taip copy ntdetect c: dan tekan enter , Terakhir taip exit dan tekan enter,komputer akan restart/reboot.
Anda juga boleh menggunakan recovery console untuk membaiki file registry windows yang telah rosak disebabkan virus dengan menaip command prompt seperti dibawah :
Pertama anda perlu menghapuskan/ memadamkan registry yang lama seperti dibawah ;-
c:\windows\system32\config\system tekan ENTER
c:\windows\system32\config\software tekan ENTER
c:\windows\system32\config\sam tekan ENTER
c:\windows\system32\config\security tekan ENTER
c:\windows\system32\config\default tekan ENTER
 Diikuti dengan dengan menaip file original registry windows seperti dibawah ;-
copy c:\windows\repair\system c:\windows\system 32\config\system tekan ENTER
copy c:\windows\repair\software c:\windows\system 32\config\software tekan ENTER
copy c:\windows\repair\sam c:\windows\system 32\config\sam tekan ENTER
copy c:\windows\repair\security c:\windows\system 32\config\security tekan ENTER
copy c:\windows\repair\defaultc:\windows\system 32\config\default tekan ENTER
Jika anda takut untuk melakukan dan sanggup mengeluarkan wang, silalah hantar ke kedai baikpulih komputer, jika anda ingin mencuba silakan jangan takut mencuba, kerana ianya begitu menyeronokkan dalam menandatangani masalah berkaitan komputer.
Sumber Dari :ayieblog

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...